Rabu, 2 Julai 2014

Kraf Telur

Harini aku nak tunjuk macam mana nak buat kraf daripada telur.

Senang ja. Boleh dibuat sebagai hiasan hantaran kawin ataupun saja nak hias makanan bagi menarik minat anak untuk makan. Yang aku nak tunjuk ni, cara nak membentuk telur jadi bentuk love. Boleh cuba dengan cara di bawah:


Langkah 1:
Sediakan 2 gelang getah atau pun tali untuk mengikat. Sebatang kayu contohnya seperti pensel ataupun chopstick. Kemudian sediakan kertas kadbod atau apa-apa yang agak keras untuk membentuk telur tu nanti. Tak lupa juga watak utama iaitu telur yang sudah direbus, tak kisah la gred A, B atau C.

Langkah 2:
Letakkan telur atas kadbod tadi dan letakkan kayu chopstick atasnya macam dalam gambar no 2. Tengok gambar la senang sikit nak paham.

Langkah 3:
Ikatkan getah di kedua-dua hujung kayu/chopstick tadi dengan kadbod untuk pastikan telur tu sentiasa terletak di tempat yang sepatutnya.

Langkah 4:
Tinggalkan dalam beberapa ketika sehingga telur kekal dalam bentuk yang kita bentukkan. Dalam contoh ni, bentuk love.

Langkah 5:
Keluarkan telur tadi dan lihat hasilnya. Nak nampak cantik, potong telur macam dalam gambar no 6.

Selamat mencuba. Bagi sapa-sapa yang berjiwa kreatif tu, boleh la cuba bentuk-bentuk lain yang tidak dinyatakan tutorialnya di sini. :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan