Rabu, 9 Julai 2014

Ybhg, YBhg atau Y. Bhg?

Bagi yang selalu menulis surat-surat rasmi, pasti selalu terjumpa masalah apabila hendak menulis seperti YBhg, Ybhg atau Y. Bhg, yang mana satu yang betul.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telahpun mengeluarkan garis panduan bagi penggunaan singkatan ini. Beberapa cara penulisan singkatan dikenalpasti iaitu.

  1. Singkatan nama negara, ibu negara, negeri, ibu negeri, jabatan, institusi, organisasi, tahun dan nama-nama khas ditulis tanpa titik (.). Selain itu, huruf yang digunakan ialah huruf besar yang merupakan huruf pertama bagi setiap perkataan seperti AS (Amerika Syarikat), KL (Kuala Lumpur), PP (Pulau Pinang), KK (Kota Kinabalu), DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), TM (Tahun Masihi), SM (Sebelum Masihi) dan lain-lain lagi.
  2. Singkatan sapaan atau rujukan hormat, jawatan, dan pingat yang lebih daripada satu perkataan juga tidak menggunakan titik dan ditulis dengan huruf besar semuanya, contohnya YAB (Yang Amat Berhormat), YB (Yang Berhormat), YAM (Yang Amat Mulia), KSN (Ketua Setiausaha Negara), AMN (Ahli Mangku Negara) dan lain-lain lagi. Persoalan yang saya timbulkan di atas telah terjawab dengan panduan ini.
  3. Singkatan gelaran, jawatan, pangkat, dan sapaan yang terdiri daripada satu perkataan pula ditulis menggunakan titik di hujungnya, contohnya Dr. (Doktor), Prof. (Profesor), Kol. (Kolonel), En. (Encik), Tg. (Tengku) dan Tn. (Tuan).
  4. Singkatan gelaran, jawatan, pangkat dan sapaan yang terdiri lebih daripada satu perkataan dengan gabungan huruf besar dan huruf kecil perlu diletakkan titik di hujung singkatan, contohnya YABhg. (Yang Amat Berbahagia), YBhg. (Yang Berbahagia), YABrs. (Yang Amat Berusaha) dan YBrs. (Yang Berusaha).
  5. Singkatan umum yang terdiri daripada frasa juga ditulis menggunakan titik, dan tanda titik digunakan pada setiap kata yang disingkatkan, contohnya b.p. (bagi pihak), s.k. (salinan kepada), u.p. (untuk perhatian), a.n. (atas nama), m.s. (muka surat) dan t.p. (tanpa nama).
  6. Singkatan umum yang terdiri daripada tiga huruf atau lebih pula ditulis menggunakan satu titik di hujung, contohnya dsb. (dan sebagainya), dll. (dan lain-lain), jln. (jalan), hlm. (halaman) dan spt. (seperti).
  7. Singkatan khusus yang menjadi lambang atau simbol tidak menggunakan titik, contohnya m (meter), in (inci), cm (sentimeter), kg (kilogram) dan kb (kilobait).
  8. Singkatan bagi perkataan pinjaman daripada bahasa Arab yang popular ialah ALLAH SWT (ALLAH Subhanahuwataala), Muhammad SAW (Muhammad Sallallahualaihiwasallam) dan Ibrahim a.s. (Ibrahim alaihissalam)
Dipetik dari Sinar Harian Online

Selasa, 8 Julai 2014

Selfie Biarlah Berpada-pada

Sempena bulan Ramadhan ni, kita disunatkan untuk sembahyang tarawikh. Memandangkan trend sekarang orang suka berselfie tak kira masa dan tempat, oleh itu aku nasihatkan hampa, jangan jadi seperti di bawah:


Isnin, 7 Julai 2014

Jam Unik

Pelik-pelik betul jam di bawah ni. Ambil masa berjam-jam jugak la nak baca masa di jam tu.



















Aku suka yang ni. Orang yang buta warna tak boleh tengok jam ni.


Jumaat, 4 Julai 2014

Pantun Sukaneka

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang.

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan.

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucur pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Khamis, 3 Julai 2014

Makanan Batu

Cuba lihat betul-betul makanan di bawah:










Nampak sedap kan? Sebenarnya itu semua batu. Dari jauh nampak macam makanan, bila gigit, hancur semua gigi.